PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN PENDIDIKAN DR WU LIEN-TEH, MALAYSIA (DR. WU LIEN – TEH EDUCATION SOCIETY, MALAYSIA)
(PPM-003-14-17082021)
FASAL 1 NAMA
- Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENDIDIKAN DR WU LIEN-TEH, MALAYSIA (DR. WU LIEN – TEH EDUCATION SOCIETY, MALAYSIA)
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
(2) Takrif Nama : Dr Wu Lien-Teh (1879-1960) adalah seorang Doktor yang berasal dari Pulau Pinang yang mempunyai PHD dalam bidang Perubatan dari University of Cambridge UK
- Taraf Pertubuhan : Kebangsaan
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
- Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO. C-1-5, MEGAN AVENUE ONE, 189, JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
NO. C-1-5, MEGAN AVENUE ONE, 189, JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
- Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
- Mengadakan ceramah, aktiviti dll dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang
tertentu supaya membimbing golongan pemuda dan murid-murid secara khas dan masyarakat keseluruhan secara am supaya dengan memupuk semangat positif dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
- Memberi biasiswa atas nama Dr Wu Lien-Teh untuk membantu pelajar-pelajar dalam bidang perubatan.
- Memberi bantuan dan sokongan kepada Kerajaan dan masyarakat dalam bidang pendidikan dan sosial.
FASAL 4 KEAHLIAN
- Kriteria keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
- AHLI BIASA
- Kewarganegaraan: Malaysia
- Umur Minima: 18 tahun
- Kawasan / Negeri Tempat Tinggal Ahli: Malaysia
- Keturunan / Bangsa: Semua
- Jantina: Semua
- Agama: Semua
- AHLI SEUMUR HIDUP
Dengan kebenaran ahli Jawatankuasa Pertubuhan, permohonan terbuka kepada ahli seumur hidup yang ingin membayar yuran sekaligus sebanyak RM1,000 semasa mendaftar menjadi ahli.
- AHLI KEHORMAT
Dengan kebenaran Ahli Jawatankuasa Pertubuhan, individu yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat, terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan dan juga ahli-ahli keluarga Wu Lien Teh boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat. Ahli-ahli kehormat tidak perlu membayar yuran keahlian.
- AHLI BERSEKUTU
Permohonan Ahli Bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa.
- Tiap-taip permohonan menjadi ahli hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Keahlian dan disokong oleh seorang Permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang kemudiannya mengemukakan kepada Ahli Jawatankuasa untuk pertimbangan dan penelitian. Ahli Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak atau menerima sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab atau notis.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan, setelah menjelaskan bayaran yuran masuk dan yuran tahunan, akan menjadi ahli yang sah Pertubuhan
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
- Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberitahu Setiausaha secara bertulis 14 hari terlebih dahulu dan menjelaskan segala
- Jawatankuasa berhak memecat atau menggantung keahlian untuk suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertingkah laku yang mencemari nama baik
- Jawatankuasa sebelum memecat atau menggantung keahlian seseorang ahli, ahli berkenaan hendaklah diberitahu akan sebab-sebab pemecatan atau penggantungan secara Ahli tersebut juga perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatal keputusan untuk memecat atau menanggung keahlian, pemecatan atau penggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa itu akan berkuatkuasa mengikut keputusan Jawatankuasa.
- Ahli yang tidak menjelaskan bayaran yuran tahunan selama dua tahun adalah dianggap sebagai melepaskan keahlian Pertubuhan secara automatik.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan bagi Pertubuhan adalah seperti berikut:
- Yuran masuk untuk ahli biasa: RM100 (Ringgit Malaysia satu ratus sahaja)
- Yuran Tahunan untuk ahli biasa: RM100 (Ringgit Malaysia satu ratus Sahaja)
- Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum akhir bulan Mac setiap tahun.
- Bendahari perlu mengeluarkan surat peringatan kepada ahli biasa yang tidak menjelaskan yuran lebih daripada satu Keahlian ahli tersebut boleh digantung atau diberhentikan sehingga hutangnya dijelaskan. Begitu juga dengan hak-hak keistimewaannya sebagai ahli.
- Bagi ahli biasa yang tidak menjelaskan hutang yurannya selama dua tahun, dia dianggap sebagai melepaskan keahlian Pertubuhan secara automatik. Melainkan ahli tersebut dapat memberi penjelasan yang munasabah selepas menerima surat kenyataan hutang, Ahli Jawatankuasa berhak mengambil tindakan yang sesuai terhadap ahli tersebut.
- Ahli Jawatankuasa berhak menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang hilang keahliannya sebagai akibat tidak menjelaskan hutang yuran tahunan.
- Dengan persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, yuran khas atau kutipan yang munasabah daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut. Ahli yang mungkir atau gagal membayar akan dianggap sebagai hutang yuran tahunan.
- Yuran masuk untuk ahli seumur hidup: RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) sekali gus.
4.Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang atau barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dalam Laporan Kewangan Tahunan.
- Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini dibenarkan menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tidak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
- Mesyuarat Agung merupakan mesyuarat tertinggi bagi Pertubuhan ini. Sekurang- kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan korum yang mencukupi untuk mesyuarat.
- Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka ahli-ahli yang hadir berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak berhak meminda perlembagaan Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung perlu diadakan paling lambat sebelum akhir bulan September setiap tahun, dan Ahli Jawatankuasa akan menetapkan tarikh, masa dan Agenda Mesyuarat Agung perlu melibatkan:
- mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti Pertubuhan bagi tahun yang lalu;
- mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
- melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan juruaudit (tiga tahun sekali);
- menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut (jika berkenaan).
- Empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, Setiausaha perlulah menghantar kepada semua ahli satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:
- apabila Ahli Jawatankuasa fikirkannya sebagai mustahak; atau,
- atas permintaan secara bertulis daripada sekurang-kurangnya satu perlima (1/5) jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
- Mesyuarat Agung Khas perlu diadakan pada satu tarikh yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
- Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas tersebut hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas
(14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
- Fasal 7.1 dan 7.2 juga akan diguna pakai secara selaras berkenaan dengan korum dan penanggungan Mesyuarat Agung Khas.
FASAL 8 JAWATANKUASA
- Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Tiga (3) Tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahuan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari
Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa Biasa
- Pemilihan ahli Jawatankuasa akan diadakan sekali setiap tiga Ahli Jawatankuasa perlu dicadangkan oleh seorang ahli, disokong oleh seorang ahli yang lain, serta diundi oleh semua ahli yang hadir di Mesyuarat Agung.
- Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
- Jawatankuasa tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah membentangkan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu serta laporan kewangan tahunan dalam setiap Mesyuarat Agung.
- Jawatankuasa boleh mengemukakan cadangan dan mendapat kebenaran dari Mesyuarat Agung untuk membuat permohonan kepada jabatan kerajaan untuk membeli, menjual, menggadai dan menyewa hartanah bagi tujuan penggunaan Pertubuhan asalkan tidak melanggar keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat
- Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun. Notis bagi pemberitahuan setiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada semua ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut.
- Pengerusi dalam kapasiti persendiriannya atau tidak kurang daripada dua pertiga
{2/3} orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan memastikan korum mesyuarat tersebut cukup.
- Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapatksn kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa dengan mengedar surat Prosedur-prosedur adalah seperti berikut:
- Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan jelas di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
- Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan mereka sebelum keputusan tersebut diperkuatkuasa;
- Sebarang keputusan yang diambil melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
- Ahli Jawatankuasa yang gagal untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan akan dianggap sebagai melepaskan jawatan dalam Jawatankuasa Pertubuhan secara automatik.
- Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon baru perlu dilantik:
- Jika jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari tidak diisi, calon yang baru perlu dilantik daripada ahli Jawatankuasa yang lain dalam mesyuarat ahli
- Jika jawatan selain daripada Fasal (a) di atas kosong, ahli Jawatankuasa berhak mencadangkan mana-mana ahli untuk menjadi calon, atau terus kosongkan jawatan tersebut sehingga sesi seterusnya perlantikan ahli Jawatankuasa.
- Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai- pegawai lain untuk menguruskan Pertubuhan dan berhak untuk melantik pengurus
dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Jawatankuasa tersebut juga berhak menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan yang cuai semasa bekerja, tidak cekap, enggan menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan Pertubuhan.
- Jawatankuasa boleh, apabila diperlukan, menubuhkan Jawatankuasa Kecil dan memberi kuasa khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa untuk menjalankan tugasan khas.
- Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya dalam tempoh sebulan selepas pelantikan Jawatankuasa yang baru.
- Jawatankuasa berhak melantik dua (2) orang ahli Jawatankuasa pada bila-bila
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
- Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya perlu menjadi Pengerusi bagi semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas perjalanan semua Pengerusi Pertubuhan mempunyai undi pemutus dan bertanggungjawab untuk menandatangani minit mesyuarat selepas diluluskan.
- Timbalan Pengerusi perlu menolong Pengerusi mengendalikan urusan Pertubuhan dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
- Setiausaha hendaklah menjalankan kerja Pertubuhan mengikut Perlembagaan dan perlu menjalankan arahan Mesyuarat Setiausaha bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan termasuk buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli-ahli. Setiausaha perlu menghadiri semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
- Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha dalam melaksanakan tugasnya dan memangku jawatan tersebut semasa ketiadaan Setiausaha.
- Bendahari bertanggungjawab atas semua hal kewangan Pertubuhan. Bendahari bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
- Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa perlu membantu Ahli Jawatankuasa utama menjalankan tugasan yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
- Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang Perssatuan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuk perbelanjaan pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, upah juruaudit serta segala perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung.
- Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak melebihi RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja). Wang yang lebih dari jumlah itu mesti, dalam tempoh tujuh (7) hari, dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
- Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan perlu ditandatangani oleh dua orang daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk Jika salah satu daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari tidak ada, Jawatankuasa berhak melantik seorang daripada ahli jawatankuasa sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan.
- Perbelanjaan tidak melebihi RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) boleh dibenarkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Perbelanjaan melebihi RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja), kebenaran daripada Ahli Jawatankuasa perlu diperoleh. Manakala bagi perbelanjaan melebihi RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) perlu diluluskan dalam Mesyuarat Agung.
- Penyata kewangan bagi setiap tahun perlu disediakan oleh Bendahari dengan secepat mungkin dan diperiksa oleh Juruaudit pada akhir tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan kepada setiap ahli untuk makluman dan dikemukakan untuk diluluskan dalam Mesyuarat Salinan penyata kewangan tersebut perlu disimpan di tempat urusan Pertubuhan untuk makluman ahli.
- Tahun kewangan Pertubuhan ini adalah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember.
FASAL 11 JURUAUDIT
- Dalam pelantikan Jawatankuasa yang berlangsung sekali dalam 3 tahun, 2 orang ahli biasa yang bukannya ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Jawatan ini akan dipegang selama 3 tahun. Jika dia dilantik sekali lagi dalam sesi seterusnya, dia akan terus memegang jawatan tersebut.
- Juruaudit bertanggungjawab untuk memeriksa penyata kewangan Pertubuhan, membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk diluluskan dalam Mesyuarat Agung. Mereka juga perlu mematuhi arahan Pengerusi atau mana-mana ahli jawatankuasa untuk memeriksa penyata kewangan dan melaporkannya kepada Jawatankuasa.
- Dengan kelulusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Agung, Jawatankuasa berhak melantik mana-mana firma audit untuk mengendali dan memeriksa penyata kewangan Pertubuhan.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
- Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan Pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendafter Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
- Segala harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
- Asalkan tidak bertentangan dengan dasar dan undang-undang pertubuhan, Pertubuhan ini dibenarkan memiliki harta tidak alih dengan kelulusan Mesyuarat
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
- Dalam tempoh di antara Mesyuarat Agung, Jawatankuasa berhak untuk mentafsir fasal- fasal dan membuat keputusan berkenaan perkara lain yang tidak dibincang atau kurang jelas dalam perlembagaan ini.
- Melainkan melanggar dasar atau bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa adalah muktamad sehingga keputusan yang baru dibuat dalam Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
- Jawatankuasa dibenarkan melantik orang-orang yang layak untuk menjadi penasihat Pertubuhan ini apabila diperlukan dengan syarat individu tersebut menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
- Segala aktiviti yang melanggar Akta Rumah Judi Terbuka 1953 adalah tidak dibenarkan di premis Pertubuhan.
- Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definasi di dalam Akta kesatuan Pekerja 1959.
- Pertubuhan ini tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pertaruhan atas nama Pertubuhan, Jawatankuasa atau ahli tanpa mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
- Pertubuhan ini tidak dibenarkan untuk memberi “faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966.
- Segala keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini perlu disalurkan semula kepada Pertubuhan ini untuk tujuan pembangunan dan operasi Pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, Pertubuhan ini dibenarkan untuk menggunakan keuntungan tersebut untuk membayar gaji kakitangan Pertubuhan ini atau perbelanjaan pentadbiran Pertubuhan ini.
- Segala aktiviti politik, aktiviti yang melibat parti politik dan melibatkan diri dalam isu politik dengan menggunakan nama Pertubuhan ini adalah tidak dibenarkan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali mendapat persetujuan daripada sekurang- kurangnya dua pertiga (2/3) ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
- Pertubuhan ini hanya boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam mesyuarat agung yang dipanggil khas Jawatankuasa boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pembubaran.
- Sekiranya Pertubuhan ini hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat yang berkenaan.
- Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan pembubaran
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
- Bendera
–
Keterangan
–
- Lambang
Keterangan Penjelasan:
Reka bentuk LOGO ini adalah berasaskan huruf pertama nama persatuan, dengan WLT digunakan sebagai struktur utama. Berlandaskan sumbangan Dr Wu kepada institusi perubatan, penulisan dan pelbagai organisasi berkaitan perubatan, melawan epidemik dan kerja-kerja lain. Logo ini menggunakan simbol visual bumbung, jabat tangan dan tulang belakang untuk membina bentuk huruf pertama “W”. Pada masa yang sama W juga merupakan gabungan ubah bentuk huruf L dan
- Di samping itu, secara keseluruhan, logo ini membayangkan kesungguhan, kemantapan dan semangat profesionalisma. Ia juga melambangkan semangat Dr Wu Lien-teh yang gigih dan tidak mengaku kalah. Warna biru tua dan merah, cerah dan menyegarkan, melambangkan suasana aman dan positif.
- Lencana
–
Keterangan
–